Friday, September 11, 2009

Ego (Part 5)

Pukul 11 Loq call aku padahal aku tengah bantai tidur lagi masa tu.

"Syaz, dah bangun belum? jadi tak?"
"Dah mandi ok. Jadi lah"
"Bila dah sampai lrt call aku yeh"
"Okay see you at lrt."

Pergh bapak awal dia kejutkan aku. Dia pun excited macam aku jugak ke?

"Loq, aku dah sampai ni. mana kau?"
"Oh aku pun baru sampai. eh eh aku dah nampak kau. pakai baju warna merah en?"
"Eh cepatnya kau nampak aku. Hahaha"
"Mestilah, kau kan cantik"
"Eleh mengade. cepatlah datang kat aku"

Kitorang terus tutup handphone bila rasa dah dekat sambil tersenyum-senyum kambing.. aku paling tak suka moment macam tu. Aku tak tahu nak cakap apa dengan dia time tunggu train ke hang tuah. dua-dua senyap. dua-dua macam lain-lain destinasi padahal sama.

"Syaz kau tak kesah kan naik train je?"
"eh tak kesah pun lah. nape?"
"takde la, saje tanya"
"aku dah book tau movie tu. kita duduk tengah"
"pergh bestnya. nasib baik time kau book tak penuh lagi en"
"tu ah selalunya penuh kalau movie baru keluar ni"

Final destination sumpah best gila. Aku layan daripada num satu lagi. Memang layan beb. Tapi tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak bawah umur. heee

Lepas habis movie tu, aku pergi karaoke dengan dia. pastu Loq ajak aku gi taman klcc kejap sebab baru pukul 5 masa tu. Dia mahu amik photography. Oh ye aku lupa nak cite, Loq ni minat photography gila-gila. Setiap kali dia ke mana-mana, mesti camera ada disisi. Masa kat taman tu, dia amik la gambar aku. Aku amik gambar dia. Orang lain amik gambar kami. Tiba-tiba aku terasa someone pegang tangan aku. Ok Loq pegang tangan aku. Aku senyap, aku tatau nak buat apa. Terpukau buat seketika.

"Syaz, i want to tell you something"
"Cakap lah"
"Aku rasa happy sangat hari ni, thanks tau"
"Aku pun rasa happy sangat. thanks sebab blanje aku"
"Aku sebenarnya ada benda lagi penting nak cakap kat kau.."
"Laa apa dia? cakap je. aku dengar"
"Jom kita balik dulu. Dah nak maghrib ni"
"Oh ye tak ye gak kan, ok jom"

ok sebenarnya takde benda penting sangat pun. Loq suka macam tu. Suka buat orang suspen. Tapi hari ni aku penat gila melayan kerenah Loq yang comel tu but it was the best day ever.

Bila aku dah sampai rumah, dia text aku...

"Syaz, thanks for today. <3"
"yeah you too babe. aku enjoy gila harini"

Pastu dia tak reply message aku langsung. Pukul 4pagi, baru text masuk.

"Syazrina, hari ni aku rasa best sangat bila dapat keluar dengan kau. Kau boleh buat aku ketawa, sedih, happy. semuanya la. Aku sebenarnya dah lama pendamkan perasaan yg hebat ni sorang2. Hahaha! Syaz, aku cintakan kau sedalam-dalamnya. Aku harap kau takkan pengsan bile bace msg ni yeh! hehe. tapi benda ni memang betul, aku tak tipu. I love you, Syaz. terima kasih untuk semuanya"



Aku cintakan kau jugak Loq.

No comments:

Post a Comment