Ego (Part 2)
Keesokan harinya aku pergi sekolah seperti biasa. Pukul 7.30 tepat aku sampai betul-betul depan dewan sekolah. Semua pengawas suruh aku cepat masuk sebelum nama aku dicatat dalam buku pelajar kehadiran lambat tu. Apa aku kesah dengan benda alah tu weh? Its just a small matter, lah dude. Aku kena tahan dekat bilik guru disiplin sebab tak pakai nametag. kelas chemistry aku terlepas macam tu je. Dah la hari ni masuk chapter baru iaitu SALTS. topic yang paling susah. pastu aku ternampak geng Loq dalam bilik guru disiplin tu gak, dorang kena tahan sebab kantoi rokok belakang sekolah semalam. Haih.., kalau nak rokok pergi lah tempat lain.
Aku pun cari lah Loq, agak-agaknya dia join sekali ke kan? Tapi dia takde.
Nasib baik dia tak join.
Eh apasal aku tetiba pikir pasal Loq ni? Aku takde kena mengena dengan dia. Syaz, syaz.
Pukul 8 baru aku boleh dilepaskan dari Cikgu Imran, kena beleteh panjang lebar. Aku masuk kelas lambat, cikgu Norlia (chemistry) beleteh lagi kat aku sebab tak pakai nametag la, saje datang lambat sebab tak nak belajar chemistry la apa la. Malas la nak dengar orang beleteh2 ni. Bosan. Pastu aku nampak Loq tengah gelakkan aku dari tempat duduk dia. Macam bangang, sumpah malu. Aku terus duduk. Nasib baiklah aku sempat belajar sikit2 pasal salts tu. kalau tak, ternganga jela aku dalam kelas chemistry. Chemistry is not an easy subject, physic dengan add math okay lagi aku rasa.
Aku tengah buat nota sejarah pastu ada orang duduk sebelah aku,
"weh macam mana chapter salts tadi? kau okay?"
"mestilah okay. jangan pandang rendah beb"
"eh manede aku pandang rendah. aku tanya je. kalau kau tak paham, kau leh tanya aku. no hal"
"oh terima kasih la atas pertolongan kau. aku rasa aku tak perlu kot"
"serious? ok, kalau pape gtau aku je"
Sebenarnya aku tak berapa paham salts tu. and aku pun tahu dia pandai subject chemistry. selalu dapat A1 doh. Entah, aku tak tahu asal aku jawab soalan dia sekejam tu. Mungkin tengah datang bulan ni, mood aku tak tentu hala. kejap moody, kejap happy.
Aku tetiba rasa macam nak buat sesuatu, tapi aku taktau apa benda yang aku nak buat tu. Blank. Aku pikir punya pikir, baru aku tau. aku nak mintak maaf kat Loq sebab berkasar dengan dia sejak dua menjak ni. Ah tapi aku tak sanggup lah. Macam mana ni? Aku malu.
Tapi aku kena mintak maaf jugak. Apalah aku ni, nak mintak maaf pun susah. Kekadang aku jeles tengok orang yang senang je mintak maaf dan maafkan orang lain. Ini kelemahan aku dari dulu lagi. Aku susah mintak maaf dengan orang lain walaupun itu salah aku. Bodoh kan?
Aku duduk sebelah Mira dalam kelas. Mira budak yang paling happening. Dia memang sekepala dengan aku. Aku ;ayan band System Of A Down, dia pun layan. Kitorang selalu jugak pergi gig sama-sama tapi semestinya bukan gig HUJAN. Tapi Mira ni rajin gila buat homework, aku memang harapan la nak buat homework. Aku terus tanya dia tanpa segan silu.
"weh macam mana nak mintak maaf kat orang eh?"
"kau ni apalah syaz, nak mintak maaf pun kena tanya aku ke?"
"ala weh aku serious ni. aku susah la bab2 mcm ni, help me pls"
"kau atur ayat betul2 la dulu, pastu kau mintak maaf seikhlas hati kau. mesti org tu maafkan kaunye"
"kalau tak berjaya macam mana?"
"cik syazrina ooiii, takde orang yang tanak maafkan orang kalau dia ikhlas"
"haa yela yela. aku ikut cakap kau jela, thanks ah mira"
"no problem. kau dah siap math belum?"
"semestinya belum" sambil tersengeh-sengeh.
Bila aku tersengeh-sengeh, aku terpandang Loq pulak. Loq pun tengah pandang aku. Haish mata bertentang mata la pulak kan, dah macam cerita cinta dah aku rasa. Bila dah bertentangan mata tu, apa boleh buat? senyum jela untuk cover malu. Aku senyum, dia senyum. The End.
"ewah ewah senyum-senyum malu la pulak korang ni" Farid menyampuk. Farid, ketua kelas aku. Dia member baik kepada Loq.
"eh manede pape, kau salah tengok ni" Loq cover line.
Dan aku terus pergi tandas dengan Mira. Jangan dorang buat cerita pasal aku dan Loq sudah lah.
No comments:
Post a Comment