Kadang-kadang untuk tidak kurang ajar,
aku jadi hipokrit
sebab nak jadi hati orang
orang melayu ni hati dia lembut sangat
mudah terasa tapi senang dijadikan teman
Kadang-kadang untuk menjaga maruah,
aku jadi hipokrit
tak semua benda di dunia ni kita kena jujur
kalau terlalu jujur senang dipijak orang.
Kadang-kadang untuk tunjuk rasa hormat,
aku mesti hipokrit
sebab dia berjawatan besar daripada aku
ibarat aku semut, dia gajah.
Kadang-kadang untuk tunjuk "macho"
aku masih hipokrit
sebab aku takkan menitiskan air mata depan orang ramai
kerana air mataku ibarat permata berlian.
jika aku nangis, aku mahu pendam sorang2
No comments:
Post a Comment